Pages

Sunday 10 November 2013

Oppa Jung Woo , dapur dan aku.

 'Have a great weekend' atau selamat berhujung minggu mungkin membawa maksud yang berbeza untuk setiap orang.Untuk setengah orang ia bermaksud selamat mendobi baju kerja /kelas yang diperap seminggu atau mungkin bermaksud hari untuk membawa keluarga keluar beriadah atau mungkin waktu pulun angkat besi (pergi gimnasium lah tu).Namun untuk cik Enal , itu adalah masa untuk 2 perkara utama iaitu tukang masak untuk setengah dozen manusia kat rumah dan juga masa untuk 'berdating' dengan Oppa .
   Memandangkan masa utama Cik Enal sebahagian besarnya di Shah Alam makanya hujung minggu jelah ada masa nak balik rumah parents di Sungai Long atau nama asalnya Titimbun.It might sounds tremendously boring weekend but I wont trade it for anything else besides a quality time with my aging parents and the opportunity to watch Oppa Jung Woo in Reply 1994.Ya, Oppa Jung Woo sebenarnya salah seorang pemegang watak dalam Reply 1994 - drama bersiri kabel TV Korea.
Jung Woo as Oppa Trash in Reply 1994 
   Apa yang Cik Enal suka pasal Reply 1994 ini adalah ianya drama moden yag menggunakan lingkungan masa silam-1994 yang diselang selikan dengan masa sekarang.Bukannya apa, sebagai orang lama yang hidup dizaman 1994 yang jelasnya jauh berbeza dari sekarang, drama ini sarat dengan mesej kekeluargaan, pilihan gaya kehidupan , persahabatan dan realiti kehidupan.Sememangnya Oppa Jung Woo antara subjek 'menarik hati' untuk dilihat tetapi mesej yang dia sampaikan lebih penting untuk difahami kerana isu-isu yang Cik Enal sebut tadi sememangnya punya nilai yang sama untuk masyarakat Malaysia (kecuali bab budaya hidup serumah dan pergaulan yang kurang batasan sebab mereka bukannya beragama Islam).
    Bercerita jawatan hujung minggu sebagai tukang masak amatur, memberi peluang banyak experimentasi dan mendengar komentar tetap daripada ahli keluarga Cik Enal.Sejujurnya, Cik Enal memang ada menyesal sikit sebab lambat nak belajar bab masak-memasak ni padahal mak Cik Enal memang tukang masak yang handal.So untuk single ladies kat luar sana, jangan jadi macam saya, belajarlah memasak selagi boleh kalau dah lambat nanti sendiri susah..bakal mak mentua pun fikir beratus kali nak bermenantukan kita.
Rakan seperjuangan dimedan dapur :)

Dulu mak selalu marah sebab Cik Enal susah nak turun dapur- memang pemalas nauzubillah.Tapi sekarang dah tak macam dolu-dolu...even my sis in law pun leh refer kat Cik Enal bab masak-memasak ni.(pergh perasan giler pulak Cik Enal ni kan..kekeke)What made me change?I'll tell you guys when the time comes...

No comments:

Post a Comment